Agen Terpercaya  
 
 
 
 
Pasang iklan, hanya lewat Contact Us.
Waspada penipuan iklan. Klik di sini untuk melihat daftar penipu.

biar pinter baca ini :)

Dante the devil hunter

Kakak Semprot
Daftar
23 Feb 2013
Post
171
Like diterima
2
Bimabet
Renungan Rohani Antara Peranan
Jahat Syaitan
Mengikut kajian ulama, syaitan
adalah jenis jin yang jahat
perangainya. Syaitan berasal
daripada api dan tabiatnya
menyesatkan manusia. Oleh itu ia
wujud di mana saja manusia berada.
Ia mempunyai kebolehan
menyerupai sesuatu di alam nyata,
memperalatkan tubuh manusia,
malah boleh hidup dalam badan
orang yang disukainya.
Selain mendatangkan punca
penyakit, pengsan dan gila, jin juga
kadangkala mencuri atau dipakai
untuk mencuri barangan orang.
Dalam ajaran Islam kita dapat
mengesan bahawa malaikat, jin dan
syaitan mempunyai jalan untuk
mempengaruhi manusia supaya
melakukan kebaikan atau sebaliknya.
Mengikut sebuah hadis Turmizi,
“Malaikat menggunakan jalan itu
untuk meniupkan ilham yang baik
maka syaitan pula menyampaikan
bisikan jahat dan mendustakan
Allah…”
Orang yang bersih jiwanya dapat
mendengar suara ilham yang
disampaikan oleh pelawat di hadrat
hati. Oleh itu, orang berkenaan
berasa lapang dada dan terdorong
untuk beramal. Malah ilham sendiri
menjadi faktor penting jiwanya
berasa gembira. Orang yang kotor
jiwanya didatangi oleh jin atau
syaitan. Malah mengikut surah al-
Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan
satu syaitan secara tetap dalam hati
yang kosong daripada zikir.
Syaitan itu menjadi sahabat
karibnya. Surah Fussilat ayat 25
menghuraikan kerja syaitan
berkenaan iaitu membisikkan kata-
kata manis dan menghayalkan.
Sesungguhnya hasutan syaitan, jin
atau roh jahat ke atas fizikal dan
rohaniah manusia jelas sekali.
Hasutan itu masuk ke dalam diri
mereka menerusi pelbagai jalan.
Antara yang paling dahsyat dan
ganas ialah dengan renungan rohani
ketika oarng yang berniat buruk
mengamalkan jampi mentera atau
sihir untuk tujuan tertentu
terutamanya untuk merosakkan
orang yang dibencinya.
Inilah antara rahsia ( dan Allah
Maha Mengetahui ) mengapa syirik
disifatkan sebagai dosa besar oleh
Allah. Kerja seperti ini merosakkan
kedua-dua pihak. Pengamal sihir
rosak imannya, manakala mangsanya
pula rosak iman, anggota dan
mentalnya.
JIN
Makna Jin: Jin adalah satu nama
jenis dan dalam bahasa Inggeris di
sebut Ginie - perkataan tunggalnya "
Jinny " yang bermaksud yang
tersembunyi, yang tertutup atau
yang gelap pekat.
Dalam Al-Quran terdapat banyak
ayat-ayat yang menceritakan tentang
Jin. Antaranya :-
Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :Yang
bermaksud : Dan sesungguhnya Kami
telah menciptakan manusia dari
tanah liat yang kering kontang yang
berasal dari lumpur hitam yang di
beri bentuk dan Kami telah ciptakan
Jin sebelum di ciptakan manusia
daripada api yang sangat panas.
Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang
bermaksud : Dia ( Allah )
menciptakan Jann ( Jin ) dari
nyalaan api ( Pucuk api yang
menyala-nyala atau Maarij )
Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang
bermaksud : " Engkau ciptakan aku
( kata Iblis ) dari api sedangkan
ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.
Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah
diriwayatkan oleh Muslim r.a:
Maksudnya : " Malaikat diciptakan
dari cahaya, Jaan diciptakan dari
lidah api sedangkan Adam
diciptakan dari sesuatu yang telah
disebutkan kepada kamu ( tanah).
ASAL KEJADIAN JIN
Keterangan "Al-Maarij "
Maarij bermaksud nyalaan api yang
sangat kuat dan sangat panas
bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu
jilatan api yang sudah bercampur
antara satu sama lain iaitu merah,
hitam, kuning dan biru. Sesetengah
ulama pula mengatakan " Al-Maarij "
itu ialah api yang sangat terang
yang memiliki suhu yang amat tinggi
sehingga bercampur antara merah,
hitam, kuning dan biru.
Sesetengah pendapat pula
mengatakan Al-Maarij itu ialah api
yang bercampur warnanya dan sama
maknanya dengan " As-Samuun "
iaitu api yang tidak berasap tetapi
sangat tinggi suhu panasnya. Angin
samuun yang telah sebati dengan
Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.
Menurut suatu Hadis yang
diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula
menyatakan bahawa angin Samuun
yang dijadikan Jaan itu hanyalah
satu bahagian daripada tujuh puluh
bahagian angin Samuun yang sangat
panas itu.
Dari api yang amat panas inilah
Allah telah menciptakan Jin, iaitu
dari sel atau atom atau daripada
nukleas-nukleas api. Kemudian Allah
masukkan roh atau nyawa padanya,
maka jadilah ia hidup seperti yang
dikehendaki oleh Allah. Jin juga di
beri izin oleh Allah menzahirkan
berbagai-bagai bentuk dan rupa
yang disukai dan dikehendakinya
kecuali rupa Rasulullah s.a.w
mengikut tahap dan kemampuan
masing-masing.
Jin juga diperintahkan oleh Allah
menerima syariat Islam sepertimana
yang diperintahkan oleh Allah
kepada manusia. Rupa bentuk Jin
yang asal selepas di cipta dan
ditiupkan roh itu, hanya Allah dan
Rasulnya sahaja yang
mengetahuinya. Menurut sesetengah
ulama rupa, tabiat, kelakuan dan
perangai Jin adalah 90 peratus mirip
kepada manusia.
Asal kejadian manusia ialah
campuran daripada Jisim Kathif iaitu
tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu
campuran api dan angin dan Nurani,
iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang
dinamakan "Latifatur-Rabbaniah "
sesuai dengan manusia sebagai
sebaik-baik kejadian yang diciptakan
Allah dan sebagai Khalifah Allah di
muka bumi ini. Manakala kejadian
Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf
iaitu campuran api dan angin dan
Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati
yang sesuai dan sepadan dengan
kejadian Jin.
Manakala mahkluk-makluk lain pula
Allah jadikan daripada salah satu
unsur tersebut, contohnya, binatang
yang dijadikan daripada campuran
Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja.
Batu dan tumbuh-tumbuhan pula
dijadikan daripada Jisim Kasyif
semata-mata. Manakala Malaikat
pula dijadikan daripada Nurani
semata-mata.
CARA PEMBIAKAN JIN
Manusia memerlukan masa
mengandung selama sembilan bulan
untuk melahirkan zuriat dan anak
manusia juga memerlukan masa
yang lama untuk matang dan
menjadi baligh.
Berbeza dengan Jin di mana, apabila
di sentuh alat kelamin lelaki dengan
alat kelamin perempuan, maka Jin
perempuan akan terus mengandung
dan beranak dan anak Jin yang baru
lahir itu terus mukallaf. Begitulah
keadaanya sehingga ke hari kiamat.
Iblis pula apabila menyentuh paha
kanan dengan paha kiri akan
mengeluarkan 33 biji telor. Dalam
setiap biji telor itu ada 33 pasang
benihnya. Tiap-tiap pasang benih
itu apabila menyentuh paha kanan
dengan paha kiri akan keluar seperti
yang terdahulu. Begitulah proses
pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah
ke hari kiamat.
Bunian atau lebih masyhur di
kalangan orang-orang Melayu
dengan panggilan orang Ghaib pula
ialah hasil campuran lelaki atau
perempuan Jin dengan lelaki atau
perempuan dari kalangan manusia.
Anak yang terhasil daripada
percampuran itu dikenali dengan
nama Bunian. Perangai dan tingkah
laku serta rupa bentuknya orang
Bunian ini dalam beberapa perkara
mengikut manusia dan dalam
beberapa perkara pula mengikut Jin.
Jika asal usul datuk manusia ialah
Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin
pula ialah " Jaan " yang asalnya
adalah beriman kepada Allah dan
melahirkan keturunan yang beriman.
Selepas itu terdapat pula dari
keturunan Jaan yang kufur dan
melahirkan pula keturunan yang
kufur. Anak cucu Jaan yang asal
beriman itu ada yang kekal dalam
iman dan ada pula yang kufur dan
ada pula yang kembali beriman
kepada Allah.
AGAMA PUAK-PUAK JIN
Jin Juga seperti manusia, iaitu ada
yang baik, ada yang jahat, ada yang
soleh, ada yang tidak soleh, ada
yang alim lagi mukmim, ada ada
yang kufur, ada yang murtad, fasik
dan zalim, ada yang masuk syurga
dan ada yang dihumbankan oleh
Allah ke dalam neraka di hari akhirat
kelak.
Majoriti puak-puak Jin terdiri
daripada golongan Jin kafir.
Golongan Jin kafir ini kebanyakanya
beragama Yahudi, Kristian, Komunis
dan sangat sedikit daripada mereka
yang beragama Buddha dan Majusi.
Terdapat juga golongan Jin yang
tidak beragama. Golongan Jin yang
memeluk Islam hanyalah sedikit
bilangannya dan terdiri daripada
golongan manoriti jika di
bandingkan dengan keseluruhan
bilangan Jin.
Seperti juga manusia biasa, Jin juga
berada dalam tingkat-tingkat iman,
ilmu dan amalan yang tertentu
berdasarkan kepada keimanan dan
amalan mereka kepada Allah.
Antaranya ada Jin Islam yang
bertaraf awam sahaja , Jin Islam
yang di tingkat iman Khawas dan Jin
Islam yang berada ditingkat iman
yang Khawasil-Khawas.
Walaupun Jin Islam yang paling
tinggi imannya dan paling soleh
amalannya serta paling luas serta
banyak ilmunya , tetapi masih ada
pada diri mereka sifat-sifat
mazmumah seperti takbur, riak, ujub
dan sebagainya, tetapi mereka
mudah menerima teguran dan
pengajaran.
Mungkin inilah yang sering
diperkatakan bahawa " sebaik-baik
Jin itu ialah sejahat-jahat manusia
yang fasik. " Tetapi yang berbezanya
manusia yang paling jahat susah
menerima pengajaran dan teguran
yang baik.
Golongan Jin Islam yang awam dan
Jin kafir suka merasuk manusia yang
awam dengan berbagai-bagai cara,
kerana pada pandangan mereka
manusia-manusia yang awam itu
bukanlah manusia sebenarnya,
sebaliknya adalah rupa seekor
binatang. Manusia yang Khawas dan
Khawasil-Khawas tidak dapat di
rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan
datang kepada mereka untuk
bersahabat.
RUPA BENTUK JIN
Pada asasnya rupa bentuk Jin
tidaklah banyak berbeza daripada
rupa bentuk manusia, iaitu mereka
mempunyai jantina, mempunyai
hidung mata, tangan, kaki, telinga
dan sebagainya, sepertimana yang di
miliki oleh manusia. Pada dasarnya
80 hingga ke 90 peratus Jin
menyerupai manusia.
Cuma yang berbezanya fizikal Jin
adalah lebih kecil dan halus
daripada manusia. Bentuk tubuh
mereka itu ada yang pendek, ada
yang terlalu tinggi dan ada
bermacam-macam warna, iaitu putih,
merah biru, hitam dan sebagainya.
Jin yang kekal dalam keadaan kafir
dan Jin Islam yang fasik itu
mempunyai rupa yang huduh dan
menakutkan. Manakala Jin Islam
yang soleh pula mempunyai rupa
paras yang elok.
Menurut sesetengah pendapat tinggi
Jin yang sebenarnya adalah kira-kira
tiga hasta sahaja. Pengetahuan
mereka lebih luas dan umurnya
tersangat panjang dan ada yang
beribu tahun umurnya. Kecepatan
Jin bergerak adalah melebihi gerak
cahaya dalam satu saat.
Memandangkan Jin adalah terdiri
daripada makluk yang seni dan
tersembunyi, tidak zahir seprti
manusia dan tidak sepenuhnya
ghaib seperti Malaikat, maka ruang
yang kecil pun boleh di duduki oleh
berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh
memasuki dan menghuni tubuh
badan manusia.
Jumlah Jin terlalu ramai sehingga
menurut sesetengah pendapat
bilangannya ialah jumlah semua
manusia daripada Nabi Adam hingga
ke hari kiamat di darab dengan
haiwan-haiwan, di darab dengan
batu-batu, di darab dengan pasir-
pasir dan semua tumbuh-tumbuhan.
Itu pun baru satu persepuluh
daripada jumlah keseluruhan Jin.
Manakala jumlah keseluruhan Jin
ialah satu persepuluh daripada
jumlah keseluruhan Malaikat.
Jumlah keseluruhan Malaikat hanya
Allah dan Rasulnya sahaja yang
lebih mengetahuinya.
Alam kediaman Jin ialah di lautan,
daratan, di udara dan di Alam
Mithal iaitu suatu alam di antara
alam manusia dan alam malaikat.
Jika di berikan oleh Allah kepada
kita melihat Jin, sudah tentulah kita
akan melihat jarum yang dijatuhkan
dari atas tidak akan jatuh ke bumi ,
tetapi hanya jatuh di atas belakang
Jin, disebabkan terlalu banyaknya
jumlah mereka.
Sebab itulah orang-orang tua kita
selalu berpesan supaya anak-anak
segera balik ke rumah apabila telah
tiba waktu maghrib dan pintu serta
tingkap rumah mesti di tutup,
supaya tidak dimasuki oleh Syaitan
dan Iblis.
Sebagaimana sebuah Hadis yang
telah diriwayatkan oleh Imam
Bukhari daripada Rasulullah s.a.w
yang bermaksud :
" Apabila kamu menghadapi malam
atau kamu telah berada di
sebahagian malam maka tahanlah
anak-anak mu kerana sesungguhnya
syaitan berkeliaran ketika itu dan
apabila berlalu sesuatu ketika
malam maka tahanlah mereka dan
tutuplah pintu-pintu rumahmu serta
sebutlah nama Allah, padamkan
lampu-lampu mu serta sebutlah
nama Allah, ikatlah minuman mu
serta sebutlah nama Allah dan
tutuplah sisa makanan mu serta
sebutlah nama Allah ( ketika
menutupnya ) "
Hadis di atas bermaksud bahawa Jin
dan Syaitan akan tidur di waktu
siang dalam cahaya dan sinar
sehingga menjelang petang, di mana
pada waktu itu mereka berkeliaran
mencari rezeki dan makanan, baik
lelaki maupun perempuan, samada
yang dewasa atau kanak-kanak.
MELIHAT JIN
Pada prinsipnya Jin tidak boleh di
lihat, di sentuh dan di dengar oleh
manusia dalam bentuk yang asal
sebagaimana ianya diciptakan,
kecuali dalam keadaan-keadaan
tertentu, Jin boleh di lihat dalam
rupa bentuk yang diingininya.
Jin juga boleh di lihat oleh manusia
dalam keadaan sihir atau ketika
meminum air sihir atau melalui
kemahuan Jin itu sendiri untuk
memperlihatkan dirinya kepada
manusia.
Di dunia semua Jin boleh melihat
manusia manakala manusia yang
Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja
yang boleh melihat Jin selain
daripada para Nabi dan Rasul.
Manakala di akhirat pula semua
manusia mukmin yang ahli syurga
boleh melihat Jin manakala Jin yang
Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja
yang boleh melihat manusia.
Antara kelebihan Jin yang telah
diberikan oleh Allah ialah
kemampuannya untuk mengubah
dirinya dalam berbagai bentuk dan
rupa. Contohnya dalam peperangan
Badar, Iblis telah menampakkan
dirinya dalam bentuk seorang lelaki
dari Bani Mudlij dan Syaitan pula
dalam rupa Suraqah bin Malik yang
datang membantu tentera musrikin
memerangi tentera Islam. ( Iblis dan
Syaitan adalah juga merupakan
sebahagian daripada golongan Jin ).
Dalam Sahih Bukhari juga ada
meriwayatkan bahawa adanya Jin
yang menampakkan dirinya dalam
bentuk seekor ular dan membunuh
seorang pemuda yang cuba
membunuh ular tersebut. Di
samping itu Jin juga boleh
menampakkan dirinya dalam rupa
bentuk haiwan yang lain seperti
rupa bentuk kucing, anjing dan
sebagainya.
KUMPULAN-KUMPULAN JIN
Jin juga seperti manusia yang
inginkan keturunan dan hidup
berpuak-puak. Puak dan kumpulan
Jin terlalu banyak dan bercakap
dalam berbagai-bagai loghat dan
bahasa. Ada sesetengah ulama
membahagikan Jin kepada beberapa
kumpulan, antaranya kumpulan yang
menunggu kubur, kumpulan yang
menunggu gua, kumpulan yang
menunggu mayat manusia,
kumpulan yang menunggu hutan
rimba, kumpulan yang menunggu
bukit bukau, kumpulan yang
menunggu air mata air, kumpulan
yang menunggu tasik, kolam, teluk,
kuala, pulau dan sebagainya.
JENIS-JENIS JIN
Sama seperti manusia Jin juga
terdiri dari pada berbagai jenis atau
bangsa, antara yang tersohor ialah :-
1. Iblis Bapa dan pujaan kepada
semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan..
2. Asy-Syaitan Syaitan-syaitan
3. Al-Maraddah Peragu-peragu
( pewas-was )
4. Al-Afrit Penipu-penipu
5. Al-A’waan Pelayan-pelayan
6. Al-Tayyaaruun Penerbang-
penerbang
7. Al-Ghawwaasuun Penyelam-
penyelam
8. At-Tawaabi Pengikut-pengikut
( pengekor )
9. Al-Qurana Pengawan-pengawan
10. Al-Ummaar Pemakmur.
GELARAN-GELARAN JIN DALAM
ISTILAH ORANG-ORANG MELAYU
Jin menurut orang-orang Melayu
mempunyai beberapa nama dan
gelaran menurut perwatakkan dan
rupa bentuk penjelmaan mereka.
Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai
dengan hantu. Hantu-hantu tersebut
sebenarnya adalah terdiri daripada
golongan Jin, cuma di kalangan
orang Melayu, menganggap hantu
itu adalah makhluk yang berbeza
daripada Jin.
ANTARA JIN-JIN YANG POPULAR DI
KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU
IALAH:
Hantu Raya, Hantu Pontianak, Hantu
Polong, Hantu Toyol, Hantu Langsuir,
Hantu Penanggal, Hantu Pelesit,
Hantu Air, Hantu Bukit, Hantu
Kubur, Hantu Pari, Hantu Punjut,
Hantu Jerangkung, Hantu Laut,
Hantu Bawah Tangga, Hantu Galah,
Jin Tanah, Hantu Kum-Kum, Hantu
Bungkus, Hantu Pocong, Hantu mati
di bunuh, Hantu Bidai, Hantu pari-
pari, Hantu Kopek ( Tetek ), Harimau
Jadian, Jembalang Tanah, Hantu
Tengelong.
KERAJAAN-KERAJAAN JIN
Jin juga mempunyai pemimpin dan
kerajaannya yang tersendiri. Antara
Raja Jin alam bawah yang kafir ialah
seperti Mazhab, Marrah, Ahmar,
Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan
Maimon. Empat raja Jin Ifrit ( Jin
yang paling jahat ) yang mempunyai
kerajaan yang besar yang menjadi
menteri kepada Nabi Allah Sulaiman
a.s ialah Thamrith, Munaliq,
Hadlabaajin dan Shughal.
Manakala Raja Jin Alam atas yang
Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail,
Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail,
‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja Jin
yang mengusai kesemua Jin tersebut
bernama THOTHAMGHI YAM YA LI..
Manakala Malaikat yang mengawal
kesemua Jin-Jin di atas bernama
Maithotorun yang bergelar QUTBUL
JALALAH.
ANAK-ANAK IBLIS JUGA MEMPUNYAI
KERAJAAN YANG BESAR
ANTARANYA :
1. Thubar Merasuk manusia yang
di timpa musibah dan bala.
2. Daasim Merasuk manusia untuk
menceraikan ikatan silatulrahim,
rumah tangga, keluarga, sahabat
handai, jemaah dan sebagainya.
3. Al-‘Awar Merasuk manusia supaya
meruntuhkan akhlak, berzina, minum
arak, liwat, berjudi dan sebagainya
4. Zalanbuur Merasuk manusia
dengan api permusuhan dan
pembunuhan.
ANTARA JIN, IFRIT, SYAITAN DAN IBLIS
Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah
merupakan sebahagian daripada
golongan Jin, cuma tugas dan fungsi
mereka sahaja yang berbeza. Jin
sebagaimana yang telah diterangkan
di atas ialah sejenis mahkluk Allah
yang tersembunyi dan tidak
kelihatan oleh manusia.
Pengetahuan mereka lebih luas dan
sangat panjang usianya.
Manakala Ifrit pula adalah daripada
golongan Jin yang sangat kuat dan
bijak menipu serta sangat busuk
hati terhadap manusia. Golongan ini
tersangat sombong lagi amat
durhaka kepada Allah.
Iblis dan Syaitan juga terdiri
daripada golongan Jin dan mereka
merupakan golongan Jin yang sangat
sombong lagi durhaka, pengacau dan
menjadi musuh utama manusia dan
mendapat kutukan Allah sehingga ke
hari kiamat.
Sebagaimana Firman Allah yang
bermaksud :
" Iblis menjawab : Sebab engkau
telah menghukum saya dengan
tersesat, saya akan menghalang
halangi mereka dari jalan Mu yang
lurus. Kemudian saya akan
mendatangani mereka dari depan
dan dari belakang mereka, dari
kanan dan kiri mereka. Engkau tak
akan mendapati kebanyakan dari
mereka bersyukur ( taat )."
Sesetengah ulama berpendapat
bahawa Azazil itu bukanlah moyang
Jin, sebenarnya beliau merupakan
satu Jin yang paling abid dan alim
di kalangan Jin yang di angkat
menjadi ketua ahli-ahli ibadat
kepada Jin dan Malaikat. Dia
menjadi angkuh dan takbur di atas
keilmuan, ketakwaan dan banyak
beribadat serta asal usul
kejadiannya berbanding dengan
manusia ( Adam ). Maka dengan sifat
beliau yang sombong itu Allah telah
melaknatnya menjadi kafir dengan
nama Iblis.
Bermula dari saat itulah Iblis
melancarkan gerakan permusuhan
dengan manusia sehingga ke hari
kiamat.
Allah telah menjelaskan bahawa
terdapat tiga jenis permusuhan
dilakukan oleh Jin ke atas manusia
iaitu :-
Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu
berkenan dan gemar kepada dosa-
dosa dan maksiat hati dan segala
anggota tubuh badan.
Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu
kejahatan yang lebih buruk dan
jahat lagi. Kekejian ini adalah
sebahagian daripada perkara yang
membawa kepada kedurhakaan dan
maksiat kepada Allah.
Melalui pembohongan dan menipu
Allah melalui perbuatan, perkataan
dan nawaitu.
 
Jav Toys
Gaple Online Indonesia
Pasang iklan hanya lewat CONTACT US
Back
Top
We are now part of LS Media Ltd